Selasa, 12 Januari 2016

NAK BUAT KERJA RUMAH ATAU MENGAJI?

banyaknyer kerja sekolah
Aku ni memang seorang guru sekolah rendah saja. Selain guru aku juga bapa kepada 3 orang anak. Dua orang puteri aku ni seorang sekolah menengah dan seorang lagi masih bersekolah rendah. Kekadang aku ni kesian lihat anak-anak aku bersekolah. Rasa sedih bercampur baur dengan gembira pun ada. Memang aku akui, aku ni memang nama saja cikgu tapi aku sendiri kurang ambil perhatian hal pelajaran anak aku. 
Apa persoalan yang aku nak bagitau ni mugkin pendapat peribadi sahaja tapi tak salah juga kalau nak diberi perhatian.Saban malam aku lihat anak aku ni buat kerja sekolah. Ada kerja latihan Bahasa melayu, Bahasa inggeris dan juga kerja sekolah mata pelajaran agama yang ustazahnya beri. Kekadang tu, balik sekolah agama petang terus buat kerja sekolah kerana  nak kejar masa. Memang aku akui juga anak aku ni pandai berdikari kalau bab belajar ni. Tak ada la aku terjerit suruh buat kerja sekolah tu. 
jangan la sampai tahap ni. kesian bebudak
Ada masa tu aku ada juga sekali sekala ajak anak aku pergi memancing dan purata jawapannya 
"tak boleh la ayah, banyak kerja sekolah belum buat lagi", kata anak-anak aku. 
Kekadang tu juga anak aku terpaksa tinggal kelas ngaji Quran kerana nak siapkan kerja sekolah. Katanya kalau tak siap nanti cikgu marah. Memang la patut cikgu marah kalau tak siap. 
Masalahnya, Cikgu sekolah pagi bagi kerja sekolah dan cikgu sekolah agama fardhu ain pun bagi kerja sekolah. Kekadang memang aku sendiri rasa nak marah walaupun aku sendiri seorang guru. 
"Bebudak ni tak boleh jadi pandai ke kalau cikgu tak bagi kerja sekolah bawa balik rumah", rungut hati aku. 
dunia kena kejar tapi akhirat pun kena duk depan 
Kesian tengok bebudak sekarang, masa mainnya dah kena tarik duk buat kerja sekolah. Patut la anak-anak sekarang dah tak tahu arah kanan atau kiri. Kebanyakan mak bapak pula tu bukan main marah kalau anak tak siap kerja sekolah tapi tak marah pula kalau anak tak sembahyang atau ngaji Quran. 
Mana arah tuju kita yang sebenarnya sendiri pun aku dah tak tahu. Nak suruh bebudak jadi pandai dan dalam masa sama nak anak jadi anak soleh. ish.. pening kepala aku memikirkan hal ni. Selama aku jadi guru 18 tahun ni tak ada la aku bagi kerja sekolah bawa balik rumah dan bebudak tu tak ada pula yang jadi bodoh sangat. Tahap lulus bebudak tu sama ja level ngan kelas cikgu bagi kerja sekolah banyak-banyak. Kekadang lebih tinggi pula level budak aku yang tak pernah buat kerja sekolah ni... aduhaiii... nasib baik aku tak jadi budak sekarang.

Isnin, 11 Januari 2016

SELAMATKAH KITA?

Aku terpanggil nak coretkan sedikit peringatan untuk diri sendiri dan juga pembaca semua. Sejak kebelakangan ini pelbagai berita dan peristiwa yang menakutkan dan menyayat hati terpampang dalam skrin TV dan juga dada akhbar. kejadian rompak, bunuh, dera, buli, samun, curi,culik,penipuan dan pelbagai lagi perkara maksiat sudah seperti sebati dengan bahan tajuk berita.
Apa yang saya nak bangkitkan di sini ialah selamatkah kita? Selamatklah kita semasa memandu di jalanraya? Selamatkah kita ketika sandar pada kerusi sambil menaip laporan kerja?Selamatkah kita duduk lepak depan televisyen sambil melayan drama Korea? Selamatkah kita sedang asyik menjamah hidangan di atas meja makan?Selamatkah kita menghantar anak ke sekolah?  Selamatkah kita bersiar-siar di taman permainan bersama anak?
Kalau merujuk kepada laporan berita dalam surat khabar dan juga televisyen sudah pasti kita takut semasa berada di luar taupun di luar rumah. Mengapakah ini terjadi? Salah siapakah sehingga kita hidup dalam bayang ketakutan? Bagaimanakah kita nak menghadapi jika perkara buruk berlaku ke atas kita? Pelbagai persoalan ini akan berlegar dalam kepala sehingga kita menjadi rasa curiga yang melampau maupun pada saudara kandung sendiri.
Apabila perkara buruk berlaku pada diri sendiri, adakah kita akan menuding jari pada orang lain? Kalau kita mendapat susah adakah kita akan menyalahkan orang lain? Jika anak kita mendapat kecelakaan, adakah kita akan menyaman orang itu atau orang ini?
Sesungguhnya segala persoalan mengenai keselamatan diri terlalu umum untuk kita persoalkan. Selagi kita tak menjaga keselamatan orang lain maka selagi itu kita akan dibayangi rasa ketakutan. Selagi kita tak merasai cubit peha kanan terasa sakit peha kiri selagi itulah kita akan sentiasa dalam kerisauan. Sesungguhnya keselamatan diri kita juga terletak pada orang lain dan bukan terletak pada pihak berkuasa sahaja. Sikap mementingkan diri dalam masyarakat kita sekarang menambah lagi masalah yang sudah bertambah. 
Aku sendiri pun dalam kerisauan seperti takut pada bayang sendiri. Masyarakat sendiri yang patut menentukan tahap keselamatan diri dan orang lain. Tepuk dada tanya iman masing-masing. Aku berharap Malaysia aman dan sentosa seperti yang dicanang dalam televisyen dan juga akhbar.

selamatkah generasi anak-anak sekarang???

BELAJAR NI MACAM LARI MARATHON

belajar ni seperti membaca ikut urutan abjad.
Dalam perjumpaan perbincangan antara pihak sekolah dengan ibu-bapa bagi membincangkan kemajuan anak-anak dalam UPSR 2016 aku mendapat sedikit sentuhan idea tentang proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan sekolah dan boleh dikatakan hampir keseluruhan sekolah dalam Negara kita ni sanggup berhabis belanja dan lebih lagi buat kutipan demi memajukan anak-anak kita dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR,SPM dan juga STPM. Maka pelbagai program persediaan akhir dibuat bagi persediaan kepada murid untuk menghadapi peperiksaan.
Kita sebagai ibu-bapa juga tak terlepas beranggapan seperti begitu dan sanggup menghulurkan segala bantuan terdaya membantu anak-anak  perlu buat pecutan  larian kegarisan penamat. Bagi aku perkara begini amat menyedihkan dan mungkin idea aku ni tak disukai oleh guru-guru lain tapi apa salahnya aku luahkan saja dalam coretan blog milik aku. 
pecutan yang seimbang dari kecil sangat membantu
Sebenarnya kita sebagai ibu bapa dan guru-guru seperti dah lari landasan dan mungkin hampir terbabas dari jalan hala tuju dalam memberi pendidikan kepada anak-anak dan bangsa. Kita lebih menumpukan pembelajaran dalam kertas peperiksaan dan beranggapan yang cemerlang dalam peperiksaan itu yang terbaik. Yang gagal dalam peperiksaan tu golongan yang gagal dan tak cerdik. Maka cikgu-cikgu pun dah pandai simpan format menjawab dan format mendapat markah dalam peperiksaan lalu diluahkan pada murid. Jadi murid pun lulus dengan cemerlang padahal pada hakikatnya pelajar tu lulus cemerlang kerana format jawapan dari cikgu dan bukan dari kepandaian dari murid tersebut. 
Selain tu pelbagai program yang dibuat oleh sekolah dibantu PIBG demi pecutan akhir sebelum peperiksaan seperti kelas tambahan, motivasi, cara menjawab soalan, perkhemahan Matematik dan pelbagai lagi. Malah ada sekolah yang menghentikan aktiviti kokurikulum lalu diganti dengan aktiviti kurikulum sahaja demi peperiksaan. Murid pula perlu belajar pagi, petang dan disambung hingga ke malam sehingga menjadikan pelajar stress. Maka apabila habis sahaja peperiksaan kita lihat pelbagai gelagat dan tingkahlaku pelajar yang kurang menyenangkan tidak seperti sebelum peperiksaan. Itu tandanya murid sedangkan melepaskan perasaan tertekan yang ditanggung sebelum peperiksaan dan ini semua adalah proses yang tidak sihat langsung demi masa depan anak bangsa kita.
Sebenarnya konsep pedidikan tu dah lari dari dasar pendidikan negara yang mahu rakyatnya mahir dalam bidang jasmani,emosi, rohani dan intelek . Sebab itu tidak hairan kita telah melahirkan rakyat yang berbeza dari segi nilai berbanding tahap pendidikan yang bagus. 
Pedidikan atau pelajaran ni bermula di rumah lalu disambung ke tadika dan seterusnya ke universiti. Bukan sedikit masa yang diambil oleh seseorang untuk mencapai tahap pendidikan yang paling teratas dan mungkin mengambil masa berpuluh tahun. Maknanya proses belajar ni seperti larian marathon yang memerlukan daya tahan yang tinggi. Pelari marathon tak akan memecut diawal  dan juga tak memecut diakhir menuju kegarisan penamat. Yang penting pelari marathon perlu sentiasa kekalkan laju larian untuk sampai ke garisan penamat. 
Begitu juga dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kekalkan tahap kualiti pendidikan dari mula seawal tadika lagi lalu kekalkan prestasi sehingga ke akhir. Tapi apa yang kita perhatikan, semasa seawal tahap pendidikan tak ada guru besar  atau pengetua yang betul-betul serius menekan guru demi kemajuan anak bangsa tetapi sebaliknya suka melakukan pecutan akhir sebelum peperiksaan seperti sudah jadi tradisi. Jika kita kekalkan prestasi dari awal lagi serta menekankan tahap pendidikan dari awal maka tak akan timbul masalah keciciran pelajar dalam bidang akademi.
Apa yang aku luahkan ni atas pengalaman dan pendapat sendiri dan tak boleh dijadikan bahan rujukan untuk mana-mana institusi tetapi sekadar mencetus kesedaran demi anak bangsa kita yang tercinta.

Rabu, 4 November 2015

LAGU :RUMPUT YANG CANTIK

Ni lagu pa tah.. aku cuba bawa dalam perkhemahan sekolah.. kalau salah tu jangan mare arrr.. belasah saja lah

atas rumput ada kaki
kaki cantik tak pernah lihat
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
 rumput yang cantik

atas kaki ada betis
betis cantik tak pernah lihat
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas betis ada lutut
lutut cantik tak pernah lihat
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas lutut ada peha
peha cantik tak pernah lihat
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas peha ada ehee..
ehee cantik tak pernah lihat
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas ehee ada perut
perut cantik tak pernah lihat
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik


atas perut ada pusat
pusat cantik tak pernah lihat
pusat atas perut
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas pusat ada dada
dada cantik tak pernah lihat
dada atas pusat
pusat atas perut
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas dada ada leher
leher cantik tak pernah lihat
leher atas dada
dada atas pusat
pusat atas perut
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas leher ada dagu
dagu cantik tak pernah lihat
dagu atas leher
leher atas dada
dada atas pusat
pusat atas perut
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas dagu ada bibir
bibir cantik tak pernah lihat
bibir atas dagu
dagu atas leher
leher atas dada
dada atas pusat
pusat atas perut
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas bibir ada hidung
hidung cantik tak pernah lihat
hidung atas bibir
bibir atas dagu
dagu atas leher
leher atas dada
dada atas pusat
pusat atas perut
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas hidung mata
mata cantik tak pernah lihat
 mata atas hidung
hidung atas bibir
bibir atas dagu
dagu atas leher
leher atas dada
dada atas pusat
pusat atas perut
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas mata ada kening
kening cantik tak pernah lihat
kening atas mata
 mata atas hidung
hidung atas bibir
bibir atas dagu
dagu atas leher
leher atas dada
dada atas pusat
pusat atas perut
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas kening ada dahi
dahi cantik tak pernah lihat
dahi atas kening
kening atas mata
 mata atas hidung
hidung atas bibir
bibir atas dagu
dagu atas leher
leher atas dada
dada atas pusat
pusat atas perut
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

atas  dahi ada rambut
rambut cantik tak pernah lihat
rambut atas dahi
dahi atas kening
kening atas mata
 mata atas hidung
hidung atas bibir
bibir atas dagu
dagu atas leher
leher atas dada
dada atas pusat
pusat atas perut
perut atas ehee
ehee atas peha
peha atas lutut
lutut atas betis
betis atas kaki
kaki atas rumput
rumput yang cantik
hey
rumput yang cantik

SEDAPNYA LAMPAM GORENG

sapa kata patin sungai tak sedap?
Ini nak cerita pasal makan sikit. Bagi sesetengah orang tak suka makan ikan sungai atau ikan air tawar kerana hanyir dan berbau katanya. Ini persepsi yang susah nak ubah jika kita memang jenis kurang berilmu bab ikan atau bab makan. 
Aku sendiri sebenarnya lebih suka makan ikan air tawar berbanding ikan laut. Aku tak salahkan orang kalau dia kata tak makan ikan air tawar sebab hanyir sebab memang pengetahuan dia tentang bab ikan terlalu dangkal lalu dia buat satu persepsi sendiri bab ikan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Sebenarnya kualiti ikan berdasarkan tahap kebersihan ikan dan juga makanan ikan. Kalau air tempat ikan tinggal tu bersih maka bersihlah ikan tersebut. Aku sendiri pernah siangkan seguni ikan lampam tasik kenyir lalu basuh tangan tak guna sabun pun. Sekadar gosok kat pasir saja bau ikan tu dah hilang. Memang ikan berbau hanyir terutama ikan diperairan yang berlumpur seperti berhampiran muara ikan akan berbau tetapi masih ada cara nak hilangkan bau tersebut. Bukan susah pun , sekadar sapu tepung pada ikan dan peah asam limau, nanti hilanglah hanyir ikan tersebut. 
baung ni memang diburu kaum cina
Lagi satu, ikan  berbau miyak terutama ikan air tawar yang tinggal dalam sungai yang melalui kawasan perindustrian atau bandar. Yang ni aku pun tak lalu nak makan tetapi masih ada cara nak hilangkan bau dengan cara menyimpan ikan yang masih hidup dalam air yag bersih lebih dari seminggu. nanti bau lumpur dan minyak tu akan berkurangan. 
Sebenarnya jika kita amati, rasa ikan air tawar lebih sedap berbanding rasa ikan di laut. Tak hairanlah kekadang harga ikan air tawar boleh sampai harga ratusan ringgit. Jangan terkejut kalau anda rasa gian nak makan ikan air tawar. 
lampam ekor merah sungai memang kegemaran aku
Selain tu, pemakanan ikan juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan rasa daging ikan yang sedap. Ikan yang makan buah-buahan dan ikan yang sedap akan menghasilkan rasa ikan yang sedap. Malah ikan keli yang dipelihara tu jika tinggal dalam air yang bersih dan berarus serta diberi makan anak ikan karp saja tentu rasa ikan keli tu rasa macam jenahak kot? 
Sebenarnya persepsi kita tentang sesuatu banyak bergantung dengan pengalaman sedia ada lalu kita buat satu tafsiran sendiri. Bagi sesiapa yang tak makan ikan air tawar tu boleh la cuba ikan air tawar tasik kenyir atau tasik banding. Saya percaya persepsi tu akan berubah. Kalau tak percaya pergi la cuba dan jangan duk sembang saja.

ramai dah mula makan keli

jelawat masak lemak, jangan duk cakap la. memang terliur

patin tempoyak memang cemerlang, gemilang dan terbilang
sapa kata kari keli tak sedap?

yang ni tak ada sapa pun nak tolak?

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

selamatkan diri dulu pedulikan harta benda
Pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' ni bukan pepatah yang baru tapi dah lama dituturkan oleh datuk nenek moyang kita sebagai satu peringatan atau nasihat yang berkesan dari dahulu hingga sekarang. Cuma akhir-akhir ini kita seperti sudah endah tak endah dengan peringatan bijak pandai dahulu kala. 
Apa yang aku nak merapu meraban ni mungkin penulisan tahap darhaj 6 saja tapi tak salah kalau aku nak mengingatkan diri sendiri dan orang lain. 
Mutakhir ini kita semua maklum bahawa pemanasan global dunia telah menyebabkan ketentuan cuaca tak tak boleh diramal oleh ramalan kaji cuaca lagi. Ramalan kaji cuaca sendiri pun banyak bagi peringatan berbanding ramalan. 
Kita maklum apabila berlaku pemanasan global menyebabkan pergerakan arus angin dan cuaca turut berubah kerana memang sifat agin bergerak dari sejuk menuju ketempat yang panas. Pada tahun lepas 2014 negara kita telah digegarkan dengan bencana banjir yang luar biasa dan seperti biasa kita saling tuduh menuduh dan salah menyalah orang lain. Nak buat camna dah memang sifat orang kita yang tak suka mengaku kelemahan diri masing-masing. Kita biarkan saja tuduh menuduh dan salah menyalah ini. Apa yang penting kita perlu sedar dan lebih prihatin dengan keadaan cuaca sekarang.
ikan pun boleh hanyut dan lemas kalau arus laju
Selepas habis cerita banjir kita diseliputi pula jerebu yang berpanjangan yang disebabkan pembakaran hutan di Indonesia dan seperti biasa kita buka cerita bab saling salah menyalah antara negara jiran. Apa yang berlaku memang dah berlaku dan perkara yang belum berlaku juga besar kemungkinan akan berlaku. kenapa ini terjadi sememang disebabkan ketamakan dan kebodohan manusia sendiri yang bersifat menjahanamkan. 
kejadian bencana yang luar biasa ini bukan sahaja berlaku kat negara kita tetapi juga berlaku diserata dunia sehingga menyebabkan rautsan ribu manuasia terkorban dan bilion ringgit kerugian harta benda. Kita memang maklum dengan bencana tsunami, ribut taufan, puting beliung, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Dalam kitab Al Quran juga telah memberi peringatan tentang cuaca dunia diakhir zaman.
bagaimana bantuan nak sampai kalau semua dah putus hubungan
Kita tahu kemungkinan bencana yang lebih besar akan berlaku tetapi pakah persediaan kita untuk menghadapi kemungkinan bencana ini. Kita maklum, selepas bencana banjir besar berlaku pada tahun lepas pelbagai masalah yang timbul selepas banjir. Makanan tidak mencukupi, perhubungan jalanraya dan keretapi terputus, ubatan tak mencukupi, lampin bayi kehabisan dan pelbagai lagi rungutan dan keluhan mangsa banjir.
Sekarang ni musim hujan tiba lagi dan kemungkinan banjair akan berlaku lagi. Rumah yang runtuh dan hanyut tahun lepas pun belum terbina lagi tapi bencana mungkin akan datang lagi. Memang kita semua tak mahu menerima bencana tetapi suratan takdir tu memang kita tak boleh elak. Apa yang mampu kita buat ialah 'sediakan payung sebelum hujan'. 
ada kereta tak ada petrol pun tak guna
Apa yang kita nak sediakan jika berlaku bencana banjir lagi? Apa yang kita nak sediakan bukanlah memakan ribuan ringgit atau terbazir jika tidak berlaku banjir. mungkin apa yang aku nak senaraikan ini boleh membantu mengingatkan sahaja supaya kita tak kelam kabut apabila berlaku bencana sebegini lagi.
Antara keutamaan yang kita perlukan sebagai persediaan banjir seperti ;
1. beras yang mencukupi dan budget untuk masa selepas banjir sekali
2. gas memasak kerana kayu api mungkin basah atau hanyut semasa banjir
3. ubat-ubatan terutama kepada yang sakit kerana semasa banjir mungkin jalan kehospital tidak boleh dilalui.
4. lampin bayi kerana kedai ditutup semasa banjir
5. minyak memasak kerana stok di kedai kemungkinan tidak mencukupi
6. Lilin atau minyak tanah kerana semua bekalan elektrik dikawasan banjir akan ditutup
7. bekalan minuman kerana bekalan air juga akan dihentikan semasa banjir dan air sungai tidak selamat diminum semasa banjir
Mungkin apa yang aku senaraikan ni tak menepati pihak yang terlibat tetapi sekurang-kurangnya memberi sedikit panduan.
kalau hospital pun dah tenggelam, nak berubat kat mana?
 Bagi mereka yang tinggal ditempat tinggi dan jauh dari kawsan banjir juga tidak terkecuali perlu bersedia menghadapi bencana kerana walaupun kawasan kita tidak banjir tetapi harus ingat bahawa jalan perhubungan akan terputus akibat banjir. Selain itu, kita yang tidak terlibat dengan banjir mungkin boleh menghulurkan bantuan kepada saudara yang terlibat. Seperti pepatah mengatakan 'cubit peha kanan terasa sakit peha kiri'.  

mana nak lari kalau kereta pun dah tenggelam

bencana susulan banjir

gembira juga boleh membawa padah

hati-hati dik yer.. air masa kecik memang best tapi masa besar memang takut


Ahad, 25 Oktober 2015

APA NAK JADI BEBUDAK SEKARANG?

foto pinjam


luka yang normal semasa jatuh
Saja aku nak buka cerita sikit pasal bebudak sekarang. Cerita ni pun berdasarkan pengalaman dan sedikit pengamatan aku sebagai seorang pendidik. Kita biasa la tengok bebudak berlari dan berkejaran. Hanya orang dewasa saja yang tak lari berkejaran lagi walaupun kekadang terasa juga nak jadi bebudak balik. 
Sebenarnya aku bukan nak buka cerita pasal bebudak berlari berkejaran tetapi nak buka cerita pasal budak yang jatuh semasa berlari dan berkejaran. Masa aku kecik-kecik dulu pun selalu juga jatuh semasa berlari berkejaran. Koyak kepala lutut dan tercalar siku dah biasa dan masih lagi ada parut lagi pun sampai sekarang hasil hasil kegigihan berlari berkejaran. Luka kepala lutut dan siku tu memanglah normal bebudak jatuh tetapi luka hidung dan muka tu agak janggal bagi aku. Mari kita perhatikan bebudak sekarang kalau bebudak jatuh semasa berlari berkejaran. Cuba check tengok 'tang' mana luka budak tu? Luka di lutut dan siku atau luka di hidung atau pipi?
kalau siku tak tahan nanti pipi yang tahan semasa jatuh
Mengapa perkara ini terjadi? Bebudak sekarang jatuh selalu luka hidung dan pipi kerana tindak balas semasa jatuh sudah tidak normal. Kalau bebudak dulu jatuh terus keluar tang dan lutut nak tahan diri semasa jatuh. Tetapi bebudak sekarang dah tak pandai nak tahan siku dan lutut lagi kerana tindak balas spontan dah kurang maka secara automatik hidung dan muka yang jadi penahan.
Persoalannya disini bukan pasal bebudak luka hidung dan pipi semasa jatuh berlari berkejaran? Persoalannya kita perlu tanya diri kenapa keadaan bebudak jatuh sudah tidak normal atau sudah tidak ada pergerakan spontan yang sepatutnya semasa jatuh?
Memang perkara ni wujud dengan adanya peredaran zaman kerana bebudak sekarang dibesarkan dibandar dan kurang terdedah dengan aktiviti kegiatan luar. Itu jawapan yang aku selalu dengar tetapi tak ada pula yang jawab anak aku jadi macam tu kerana aku sendiri kurang bagi pendedahan kepada anak-anak. Sebenarnya zaman tetap berubah tetapi sepatutnya kita tak patut salahkan zaman tetapi patut salahkan diri kita yang dah tak ambil peduli tentang keperluan seorang kanak-kanak. Wasssalam, jangan ada yang kecik hati. Aku hanya sekadar buka cerita dan kalau ada yang tak kena tu minta maaf la.