Selasa, 4 Februari 2014

MUNGKINKAH PEACOCK BASS AKAN MENGUASAI PERAIRAN MALAYSIA

ikan yang cantik dan pelahap
Bagi kebanyakan kaki pancing apabila mendengar 'peacock bass' sudah pasti terbayang ikan yang cantik bermulut luas yang rakus membaham gewang atau umpan tiruan. Bagi orang kebanyakan pula tidak ada apa keistemewaan atau sesuatu yang pelik apabila mendengar perkataan 'peacock bass'. Lain pula bagi mereka yang ada sifat patriotik apabila mendengar 'peacock bass'. ikan penjajah kini telah menjajah seluruh Malaya.
bagaimanakah nasib ikan lampam ekor merah?
'Peacock bass' iaitu ikan yang diimport dari Amerika Selatan yang tujuan asalnya untuk ikan hiasan kini telah mendiami tasik-tasik dan sungai di Malaysia. Bukan setakat begitu sahaja, tetapi 'peacock bass' telah berjaya menyesuaikan diri dan berkembang biak dengan pesatnya dan telah menjajah dan mendominasi beberapa sungai dan tasik di Malaysia.
Seingat aku, dahulu ikan ini banyak terdapat di bekas lombong-lombong di Air Kuning dan sungai yang berdekatan tempat tersebut. Kini, ikan'peacock bass' telah sampai ke arah selatan dan menguasai beberapa tasik dan bekas lombong di kawasan Lembah Klang. Bagi kaki mengilat, perkembangan ini merupakan satu peluang keemasan untuk aktiviti casting. Aku juga yang tidak ketinggalan cuba try test untuk mengetahui perkara yang sebenar. Sah dan memang betul 'peacock bass' telah menjajah lembah Klang apabila aku berjaya casting beberapa ekor 'peacock bass' di Tasik Puchong prima. Walaupun saiz 'peacock bass' di sini tidak sehebat 'peacock bass' di Air kuning Perak tetapi ia memang sedang membiak dengan sihat dan jayanya. Tidak mustahil sepuluh tahun lagi 'peacock bass' akan menguasai perairan Malaysia seperti mana tilapia yang telah mendominasi tasik dan sungai di Malaysia. 
ikan haruan juga perlu belajar menyesuaikan diri dengan PATI?
Apa yang nak di kata 'nasi dah menjadi bubur' mahu tak mahu kita terpaksalah menerima kehadiran pendatang asing ini menjadi sebahagian rakyat malaysia seperti mana kita menerima rakyat Indonesia menjadi rakyat Malaysia. Bagi pemancing-pemancing tempatan terpaksalah suatu hari nanti menyesuaikan diri dengan ikan-ikan tempatan seperti sepat, haruan, puyu dan lain-lain yang akan beransur pupus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan