Selasa, 2 Julai 2013

APA NASIB KAKI PANCING?

aktiviti memancing boleh mengeratkan hubungan kawan
Seperti yang kita tahu, memancing merupakan suatu hobi atau aktiviti yang turut menyumbang kepada kebaikan rakyat Malaysia. Siapa yang boleh sangkal bahawa memancing merupakan satu riadah pada masa lapang yang boleh dilakukan bersendirian, bersama kawan dan juga keluarga. 
Kalau berbanding hobi atau aktiviti riadah yang lain seperti golf, bola sepak, memanjat gunung, berenang dan pelbagai lagi aktiviti memancing seperti anak tiri yang dipinggirkan oleh pihak kerajaan, komuniti dan juga badan2 NGO yang lain. 
Apa yang aku nak katakan ni agak bertepatan kerana jika diperhatikan, pelbagai kemudahan atau prasarana yang kerajaan dan komuniti sediakan untuk aktiviti riadah yang lain selain memancing. Kita boleh tengok berapa banyak padang dan stadium yang disediakan untuk aktiviti bola sepak, kita boleh tengok berapa banyak padang golf , kita boleh tengok berapa banyak tempat yang disediakan oleh kerajaan untuk aktiviti riadah yang lain.
kepuasan memancing hanya untuk pemancing
Aku akui memang ada beberapa tempat memancing yang disediakan oleh kerajaan negeri tetapi jumlah itu sangat sedikit malah boleh dibilang dengan jari sahaja. Memang ada banyak lapang sasar untuk kaki pancing tetapi kebanyakannya adalah usaha pihak tertentu yang bermotifkan perniagaan dan bukan satu tempat riadah di mana mereaka ini lebih memikirkan keuntungan.
Aku berharap suatu hari nanti, ada pihak yang berwajib yang boleh memikirkan lapang sasar untuk kaki2 pancing. Selain memudahkan kaki pancing, penyediaan tempat memancing juga boleh mengurangkan kaki2 pancing melanggar kawasan larangan seperti atas jambatan atau bawah jambatan. Selain itu, penyediaan tempat memancing juga memberi satu imej yang bersih kepada kaki2 pancing. 
Kebiasaanya, memancing dilakukan bersama kawan dan juga keluarga. Penyediaan tempat memancing yang selamat tentu memberi satu yang bermakna kepada kaki pancing. Semoga kejadian2 yang tak diingini seperti jatuh bawah jambatan aatau digigit binatang liar dapat dielakan.
Apa yang penting bagi aku sebagai kaki pancing, keprihatinan pihak bertanggungjawab akan memberi satu gambaran yang baik dan positif kepada kaki pancing dimata masyarakat sebagai satu hobi yang sihat.

memancing juga membibitkan perasaan cintakan alam semulajadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan