Isnin, 10 September 2012

MUSNAHKAN SERIBU RINGGIT UNTUK DAPATKAN SEPULUH RINGGIT

keindahan hutan karang 
Mungkin apa yang nak aku katakan mungkin tidak menyenangkan pihak tertentu. Itu tidak penting kerana apa yang nak aku katakan ini turut dipersetujui oleh orang lain. Apa yang dimaksudkan oleh aku 'musnahkan seribu ringgit untuk dapatkan sepuluh ringgit' ialah kita merosakan sesuatu yang harga beribu2 ringgit kerana hendak mendapatkan sesuatu yang kurang berharga.
Apa yang nak aku katakan ialah tentang khazanah laut di negara kita. Kita tentu maklum negara kita berada dalam garisan khatulistiwa yang panas sepanjang tahun serta berada diperairan yang cetek. Sememangnya perairan laut negara kita sepatutnya dipenuhi oleh karang2 laut yang cantik dan menarik. Karang dalam laut boleh diibaratkan hutan rimba dalam laut. memusnahkan karang seperti memusnahkan hutan dalam laut. Tapi sayang, tak ramai orang beranggapan begitu mungkin kerana kurang pendedahan.
hidupan laut adalah khazanah yang tidak ternilai
Karang2 laut yang cantik merupakan satu aset yang berharga bagi industri perlancongan yang boleh mendatangkan hasil berjuta2 ringgit kepada negara dan juga rakyat. Cuba bayangkan bahawa bukan semua negara dalam dunia ini dianugerahkan oleh Allah mempunyai perairan yang sesuai untuk karang tumbuh. Selain itu, negara kita yang berbentuk semenanjung dan pulau menyediakan kawasan perairan yang luas yang sesuai dengan pertumbuhan karang2 laut yang cantik.
Selain kecantikan karang diperairan negera kita, karang turut menyumbangkan pendapatan kepada nelayan. karang juga merupakan habitat untuk hidupan laut yang berkualiti tinggi. Kebanyakan orang mungkin tidak tahu bahawa ikan2 yang berkualiti dan mempunyai harga pasaran yang tertinggi tinggal dan membesar di kawasan berkarang seperti jenahak, kerapu, senangin, gerepoh dan banyak lagi. Ikan2 yang berkualiti yang perlu dijaga kerana boleh menyumbangkan pendapatan yang lumayan kepada nelayan. Cuba anda pergi ke pasar lalu cuba bertanya berapa harga ikan2 yang berkualiti begini. Tentu anda terfikir 2 kali mahu membeli kerana harganya tinggi.Karang juga merupakan habitat untuk ikan2 bertelur dan membiak. kemusnahan karang pasti menjejaskan kawasan pembiakan. Maka tidak hairanlah harga2 ikan meningkat mendadak kerana permintaan ikan yang tinggi manakala ikan pula makin berkurangan.
tiada karang seperti bumi tanpa pokok
Banyak kegiatan ekonomi yang telah menjejaskan kehidupan karang. Yang pertamanya ialah penangkapan ikan yang tidak mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Memang pihak kerajaan telah menetapkan nelayan yang menggunakan pukat tunda atau pukat harimau menjaring ikan di kawasan tengah laut. Tapi sayang, penguatkuasaan yang longgar telah menyebabkan nelayan2 mengaut ikan2 kecil berhampiran pantai yang lebih cetek. Kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang dipenuhi karang2 laut. Maka banyak kawasan karang telah musnah dan yang tinggal hanya di kawasan yang diwartakan sebagai taman laut. Memang lah susah untuk menguatkuasa kawasan perairan negara yang luas, tetapi aku selalu lihat nelayan2 mengaut dengan menggunakan pukat tunda berhampiran pantai dan berhampiran orang ramai seperti mereka tidak perlu merisaukan tentang pihak berkuasa. Bagi aku penggunaan pukat tunda sudah tidak relevan kerana ikan semakin berkurangan. Menghentikan penggunaan pukat tunda boleh mengembalikan karang hidup semula dan hasil tangkapan juga akan bertambah. Tiada sesiapa yang boleh mengubah polisi ini melainkan pihak kerajaan dan pihak2 yang diberi kuasa untuk menguatkuasa perkara ini.
kita perlu tahu berkongsi kehidupan
Selain itu pembangunan yang tidak terancang turut memusnahkan karang. Selalu kita lihat dalam berita tentang pencemaran air yang memusnahkan habitat karang. Banyak pembangunan dalam industri perlancongan sendiri turut menyumbang ke arah pemusnahan karang. Sebenarnya mereka telah memusnahkan periuk nasi sendari. Ramai pelancong datang kerana keindahan karang2 Malaysia. Tetapi sikap tamak dan kebodohan sendiri telah menyebabkan ramai pelancong bertumpu ke negara2 jiran. Ini sedikit sebanyak telah merugikan negara dan rakyat.
Aku selalu terikir, kenapa kita perlu memusnahkan satu khazanah yang lebih berharga untuk mendapatkan sesuatu hasil yang kecil. Terasa bodoh diri sendiri apabila aku melihat nelayan perlu menangkap ikan yang beratus kg untuk dapatkan hasil yang sedikit. Kenapa kita tidak menjaga laut dan menangkap seeokr ikan yang harga beratus ringgit.
tiada manusia mampu menafikan keindahan karang

Sesungguhnya negara kita dianugerah dengan kemakmuran dan kemewahan tetapi sayang rakyat negera kita tidak dianugerah dengan pemikiran dan kesedaran yang hebat melainkan ketamakan dalam masa yang singkat serta kebodohan yang berpanjangan.








sungguh indah

pelbagai bentuk dan warna
berbunga2
rumah kepada hidupan
pelik tapi benar
sungguh mengasyikkan
pelbagai variasi
mempesonakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan