Ahad, 18 Jun 2017

BANTULAH ANAK ANDA MEMBACA

sesekali seminit dua sudah memadai
Zaman beredar semakin cepat. Semakin lama semakin pantas zaman bergerak sehingga tak terkejar dan tak seiring dengan usia kita. Begitu juga dengan anak-anak kita. Pejam celik antara sedar tak sedar, tahun beredar tanpa kita sedari. Tahu-tahu rambut kita dah beruban.
Begitu juga nasib anak-anak kita. Dunia dan masa mereka lebih pantas beredar berbanding dengan masa kita sekarang. Mahu tak mahu kita terpaksa lalui juga. Kalau zaman aku sekolah dulu, masuk darjah satu tak reti baca tu normal la. Dah menjadi tugas guru 100 % mengajar sampai boleh baca. 
Berbalik kepada masa sekarang, bebudak masuk saja darjah satu ramai yang dah pandai baca. Bukan setakat baca buku, baca berita pun dah boleh dah. Jadi agak malang kepada bebudak zaman sekarang yang masuk darjah satu kalau tak tahu membaca. Guru pula sekarang ni bukan pengajar 100% tetapi sebagai pemudah cara sahaja. Bertambah malang lagi cikgu tu kalau kena jadi pengasuh sahaja.
Sebagai cikgu darjah satu, aku berharap peranan ibu bapa mendidik anak membaca sebelum masuk alam sekolah amatlah penting. Ibu bapa dah tak boleh mengharap guru 100% macam dulu-dulu lagi. Ibu bapa juga perlu bergerak pantas sepantas zaman kalau tak mahu anak ketinggalan seperti kita. 
Percayalah apa yang aku coretkan ni bukan satu khayalan tetapi kenyataan yang kita perlu terima sebagai satu kebenaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan