Khamis, 15 November 2012

TAK ADA KERJA CARI KERJA

ikan yang murah ini boleh memberi pulangan lumayan dalam industri pelancongan
Apa yang aku tulis memang orang yang 'TAK ADA KERJA CARI KERJA'. Cerita ni mengenai sedikit sebanyak mengenanai mentaliti orang2 kita amnya rakyat malaysia. Aku mohon maaf kalau ada yang terasa tetapi segala pandangan aku ni boleh la ambil kalau elok dan buang sejauhnya kalau tak elok. Aku sebagai orang biasa bukan ada tempat dan ada hak nak menyatakan sesuatu tetapi blog telah menyediakan jalan untuk aku meluahkan buah fikiran dan sedikit kritikan.
Masih ada lagikah habitat untuk ikan yang berharga ini
Kalau kita tengok peta Malaysia sudah pasti Negara Kita mempunyai keistemewaan yang tersendiri tidak dimiliki oleh negara lain. Selain jumlah hujan yang mencurah2 bagaikan diberi air percuma (hakikatnya kita kena bayar). Terdapat tasik2 , kolam2, sungai2 dan laut sekeliling yang boleh diumpamakan kita ini hidup dikelilingi air samada kiri,kanan, tengah, tepi, atas, bawah, timur dan barat. Pada amnya kita sentiasa memandang air apabila berada di Malaysia negera yang bertuah. 
sesungguhnya bentuk muka bumi dan cuaca negara kita Malaysia telah menyediakan kolam yang besar dan cantik tempat hidupan akuatik berselindung dan hidup mencari makan. Namun apa yang terjadi pada hari ini, keadaan yang sebaliknya berlaku di mana kita kekurangan sumber protin dari dalam air iaitu ikan. Maka bijak pandai kita dari pelbagai kementerian dan jabatan pun mencipta pelbagai kaedah untuk menangani masalah ini termasuklah mengorek kolam dan menternak hidupan akuatik. Memanglah tujuan itu sangat murni  dan disanjung tinggi oleh rakyat amnya . Aku juga turut memuji langkah2 yang telah dibuat. 
mungkin ikan ini menjadi sumber protin utama rakyat Malaysia
Aku juga ingin bertanya," Kenapakah negera kita yang mempunyai lingkungan air yang besar dan luas tetapi kekurangan hidupan akuatik?'' 
Aku juga ingin bertanya, "Kenapa kita perlu mengorek kolam lagi kalau disekeliling negara kita sudah ada kolam  semulajadi yang luas?"
Aku juga ingin bertanya,"Kenapa kita membazirkan wang membuat kajian terhadap sesuatu yang belum pasti dan sedangkan yang dah pasti kita telah ada?"
Aku juga ingin bertanya,"Kenapa sumber air yang banyak dinegara kita tak digunakan sepenuhnya?"
Aku juga ingin bertanya,"ke manakah akal bijak pandai dinegera kita yang belajar hingga ke puncak Menara Gading?"
sebenarnya ada banyak lagi persoalan yang bermain dalam benak aku ini. Biarkan sekadar itu sahaja aku ingin bertanya. Mungkin aku telah membuat sedikit kritikan maka aku perlu juga perlu beri sedikit pandangan semoga negara kita bertambah makmur dan sejahtera.
jangankan nak makan ikan ni nak tengok pun susah sekarang
Pada pandangan aku, negara kita kekurangan sumber ikan walaupun di kelilingi air kerana kerosakan yang telah kita lakukan. Pada suatu masa dulu negara kita memang kaya dengan sumber ikan tetapi telah musnah akibat sistem perikanan dan ketamakan. Siapa yang perlu mengawal keadaan ini. Kerajaan dan pegawai2 kerajaanlah yang perlu memastikan keadaan ini tidak terjadi.Meraka yang telah dipertanggungjawab untuk memastikan keadaan ini berjalan lancar.
Mengenai kajian yang dilakukan bagi menambah sumber ikan negara. Kenapa kita perlu mencari alternatif yang baru sedangkan kita sudah ada prasarana yang cukup sempurna dihadiahkan oleh yang Maha Esa. Apa yang perlu kita kaji sekarang ialah kenapa ikan diperairan negara kita telah menjadi kurang dan bagaimana hendak memulihkan keadaan ini?. Pihak yang dipertanggungjawab tidak boleh menuding jari kepada rakyat sahaja yang telah merosakan keadaan ini. Sebenarnya, pihak kerajaanlah yang akan membawa arah tuju rakyat malaysia.
kenapa kita tak jaga ikan yang berkualiti seperti ini?





Apa yang aku cuba katakan ialah kita telah berada di tempat dan negara yang betul tetapi perbuatan dan tingkahlaku kita yang tak betul telah menyusahkan diri kita sendiri. Aku harap luahan hati aku yang berniat baik ini tidak disalah erti demi menutup pekung di dada. Segala yang baik tu datang dari yang Esa dan yang buruk tu datang dari diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan