Khamis, 15 November 2012

CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

adakah rakyat malaysia sekarang mempunyai semangat patriot
Ini lebih kurang cerita di kedai kopi saja la. Bukan mengenai orang lain tetapi kekawan aku juga la. Kalangan kawan aku ni ada yang ahli perniagaan, pekerja swasta, ahli politik dan tak kurang juga yang makan gaji cam aku. Sekali sekala aku lepak gak kat kedai kopi walaupun aku tahu lepak2 tu sikap yang tak bagus.
Semasa duk borak kat kedai kopi ni bermacam cerita yang keluar sehinggakan yangtak  sepatut keluar pun boleh keluar. Dalam banyak cerita kat kedai kopi tu, ada salah seorang kawan aku yang aktif berpolitik merangkap ahli perniagaan yang agak berjaya cakap bergegar-gegar mengenai semangat patriotik. Marahkan puak itu, marahkan puak ini kerana tidak menyayangi negara serta mengkhianati negara dan bangsa. Yang aku geram tu, siap dia bantai aku sekali mengatakan aku ni bersekongkol dengan puak2 yang tidak menyayangi bangsa dan negara. Wah, bukan main sedap lagi mulut dia mengata itu dan ini. Aku pun bukan jenis membiarkan saja, apa lagi aku pun turut serta dalam perbincangan ahli mesyuarat tingkap. hahahaha... akhirnya aku terjebak sekali.
Apa yang aku nak katakan di sini ialah orang macam kawan aku ni memang ramai. Bukan sepuluh, bukan seribu malah mungkin berjuta yang bersikap bigini. mengaku seorang yang patriotik dan menyalahkan orang lain tetapi diri sendiri tak sedar yang dia itu sebenarnya tidak patriotik. Macam mana aku nak katakan dia seorang patriotik sedangkan dia guna kereta honda dan toyota. Macam mana aku nak kata dia patriotik kalau dia sendiri jarang2 pakai pakaian buatan tempatan. macam mana aku nak kata dia patriotik kalau selalu dia bawa anak bini pergi makan di KFC dan Mc Donald. Tak ada jiwa patriotik langsung.. hampeh.. hampa... kosong. sepatutnya kita patut malu mengaku patriotik kalau perbuatan sendiri menuju ke arah lain. Ini sudahlah tak rasa malu, malah menyalahkan orang lain pula. Aku harap orang macam ni sedar2 la sikit.. aku kalau tengok mat saleh datang melancong kat sini pun rasa meluat. Lagi meluat kalau tengok orang pakai jersey MU atau mana2 kelab eropah. Adakah kita lupa bahawa datuk nenek moyang diaorang lah yang telah membunuh dan menjajah datuk nenek moyang kita. Kita pula sebaliknya menyanjung dan memuja petualang yang pernah merosakan keturrunan kita. Aku tak nak berhujah panjang, takut2 nanti ada pulak yang lebih terasa... lagi pun aku bukan orang politik yang pandai menjaja cerita yang tak pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan