Khamis, 4 Oktober 2012

DI MANA HATI PERUT KITA?

ikan buntal selalu jadi mangsa buli manusia
Kalau kita lihat, kaki pancing terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai umur, pelbagai kaum dan budaya. Oleh kerana ada kepelbagaian inilah menjadikan hobi memancing ialah sesuatu hobi yang unik. Hanya bagi orang yang buta hati tentang kehidupan sahaja mengatakan memancing adalah sesuatu hobi yang teruk.
bilis selalu dibiarkan kekeringan
Walaupun hobi memancing ialah hobi yang menarik tetapi sikap pemancing sendiri telah mencemarkan hobi ini. Masih ramai pemancing dikalangan kita yang tidak menitik beratkan adap2 yang sopan semasa memancing. Salah satu ialah memusnahkan anak2 ikan kecil yang tidak diperlukan.
Samada memancing di tasik, kolam, sungai atau laut, saya lihat ramai pemancing seperti tidak menghargai nya makhluk lain. Mereka sesuka hati membunuh atau membiarkan mati kekeringan sahaja anak2 ikan kecil yang tidak diperlukan.
Mungkin pemancing tidak sedar bahawa kedatangan anak2 ikan kecil yang selalu mengutis umpan itulah yang membawa ikan2 besar ke mata pancing kita. Selain itu, ikan2 kecil merupakan makanan atau diet utama ikan besar. dengan membunuh anak ikan kecil boleh mengurangkan makanan kepada ikan  besar dan sekaligus mengurang populasi ikan2 besar.


ikan besar ada kerana ada ikan-ikan kecil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan