Rabu, 7 September 2016

NELAYAN PANTAI

antara spisis hasil bubu naga
Zaman sekarang ni masih ada orang merungut sukar mencari kerja atau sukar nak tambah pendapatan. Bukan niat aku nak mengata sesiapa tapi aku sekadar nak buka sedikit dan agar sesuatu yang berharga ni boleh berkongsi bersama. 
Semasa isteri aku dalam keadaan berbadan dua dan hampir menunggu masa, aku memang tak keluar memancing. Bukan aku jenis percaya pada karut marut tetapi sekadar menghormati perasaan orang lain dan juga  berjaga-jaga sebelum masa tiba. Aku tak keluar memancing kerana masa aku untuk memancing membuatkan aku tak pulang semalam dua. Jadi aku tukar aktiviti lain yang tetapi sama juga memancing iaitu membubu dan menjaring. Aktiviti ini aku dapat teruskan kerana tak memerlukan masa yang lama.
spisis ni juga ada dalam bubu tetapi bermusim 
Walaupun baru sebulan dua aku mencuba, tetapi oleh kerana minat dengan dunia hanyir ni aku cepat belajar. Bukan setakat belajar malah aku mencipta beberapa teknik baru atau teknik lama yang diperbaharui cara berkesan menangkap hasil laut. 
Oleh kerana aku ni tak ada bot jadi aku jadi nelayan pantai sahaja. Walaupun nelayan pantai, tetapi oleh kerana kekayaan hasil pantai Morib dan Pantai Klanang menjadikan hasil tangkapan agak lumayan. Teknik yang mula aku guna ialah teknik membubu tetapi bukan guna bubu biasa di pantai  tu. Aku guna bubu naga dipantai. Kebiasaannya bubu ni orang guna dalam kolam dan sungai sahaja. Dengan sedikit perubahan aku pasang di pantai laut lepas. Selepas beberapa percubaan dan dugaan akhirnya teknik aku mendatangkan hasil. 
ini hasil utama dalam bubu
 Walaupun masih bekerja, teknik ini dapat dijalankan dalam masa sambilan atau pada hujung minggu sahaja. Bukan setakat makan la bro tetapi aku jadikan hasil pendapatan sampingan menampung kadar perbelanjaan yang meningkat setiap hari. Alhamdullillah dengan menjadi nelayan pantai dapat juga aku mengurangkan tekanan ekonomi yang menghimpit diri. 
Ini teknik pertama yang aku guna dan teknik seterusnya teknik bubu bersama belad. Teknik ni masih dalam percubaan tetapi jangkaan aku teknik terbaru ni boleh mendatangkan lebih hasil.Kalau sesipa berminat tu boleh layan dalam blog aku yang lain yang aku khususkan dengan bab yang khusus atau telepon sahaja dengan nombor aku yang bersepah dalam blog ni. 0126804742

hasil sampingan yang lumayan dalam bubu naga

Tiada ulasan:

Catat Komen