Isnin, 17 Julai 2017

IKAN OH IKAN.

saiz ni banyak di pasar
 Aku ni jenis jarang pi pasar. kalau pi pun sekali sekala sahaja kot-kot nak beli sayur. Kalau nak beli ikan tu jarang sekalilah sebab kalau nak makan ikan aku pi pasang jaring atau pi mancing saja. Walaupun aku ni jarang pi pasar jangan korang anggap aku tak tau harga ikan atau tak tau perkembangan ikan di pasar tu.
Ni aku nak bagitau cerita panas sikit tentang ikan di pasar. Aku ada juga berkawan dengan toke2 ikan kat pasar walaupun jarang pi pasar. Nak jadi cerita, suatu hari aku duk sembangn dengan kawan yang niaga ikan di pasar. Aku ada juga tanya pasal harga ikan dan juga jenis ikan. Sambil duk borak tu aku bertanya juga asal usul ikan ni datang dari mana. 
Dalam duk syok berborak tu dia buka cerita atau terbuka cerita aku tak pasti, dia bagi tau bahawa ikan GT(nyok-nyok putih auta orang niaga) dan bawal ikan bawal emas atau bawal pinang yang di 
jual kat pasar dalam Malaysia ni bukan ikan yang ditangkap dalam laut.
"Eh, macam mana? Habis tu ikan ni ambil dari mana?" soal aku kehairanan.
Dia ketawa sahaja melihat aku tercengang kehairanan.
"Cuba hang tengok, ikan GT dan bawal emas ni? saiznya sama saja kan?" balas dia selamba saja.
Aku perhatikan ikan tersebut dan ternyata saiz ikan tu semua sama atau sebaya saja. Pelik juga kalau ikan yang datang dari laut tu sama saiz dan sama baya sahaja.
"Ikan jenis ni memang di tangkap dalam laut tetapi bukan laut lepas. Ikan GT dan bawal emas ni di tangkap dalam sangkar saja. Ikan yang diternak"bagi tau dia lagi.
Oooo rupanya kebanyak ikan GT dan bawal emas ni diternak dalam sangkar. Patut la aku tengok memang sama saiz saja. 
sebaya sama kelas


Rumusannya memang mudah saja. Ikan dalam laut sudah berkurangan dan permintaan pula makin banyak. Apabila harga ikan sudah melambung tinggi, maka menternak ikan dalam sangkar menjadi berbaloi.

Tiada ulasan:

Catat Komen