Khamis, 22 Mac 2012

MATA KAIL BATU LADUNG

As salamualaikum....
Blog 'MATA KAIL BATU LADUNG' aku sengaja ada-adakan untuk ruang aku meluahkan apa yang tersurat dan tersirat dalam hati dan perasaanku. Dalam blog-blog aku yang lain, aku tak dapat nak meluahkan perasaan dan buah pendapat  kerana aku tak ingin menginggung perasaan pembaca dengan luahan hatiku. Dalam blog ini aku dapat menzahirkan apa yang terbuku dalam hatiku kerana aku telah buat satu ruang khas untuk aku berkata-kata samada kata-kata pujian atau kejian.
Aku sengaja memilih tajuk'MATA KAIL BATU LADUNG' kerana 'MATA KAIL' melambangkan ketajaman kata-kataku serta lengkung pula melambangkan perkara-perkara yang aku boleh kaitkan atau aku cangkuk dalam kata-kataku. Manakala 'BATU LADUNG' pula melambangkan kata-kata yang aku boleh lontarkan sejauh-jauhnya dan bertindak sebagai pemberat untuk mengetuk sesuatu. 
Mungkin kata-kataku benar bagi sebelah pihak dan tak benar bagi sebelah pihak yang lain, aku mohon maaf kerana kata-kataku itu berdasarkan pembacaan, pengalaman, serta kursus-kursus yang aku pernah hadiri. Sekiranya kata-kataku tidak benar bagi pembaca, aku mohon maaf kerana aku tak ingin berdebat dengan sesiapa. Aku hanya sekadar melahirkan buah fikiran atau pendapat yang mungkin tak sehaluan dengan pembaca. 
Sekiranya kata-kataku adalah benar, sebaiknya kata-kataku ini dikongsi dengan orang lain supaya kebaikan itu tidak terpendam sahaja dan sebaliknya jika kata-kataku adalah tidak benar, sebaiknya biarkan sahaja dan jangan dikongsi dengan orang lain.
Akhir sekali aku mohon maaf sekiranya kata-kataku atau buah fikiranku mengingung perasaan orang atau golongan tertentu. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah s.w.t. dan yang buruk dan cacat cela itu dariku sendiri. Aku memohon dengan Allah supaya kata-kataku dalam blog ini terpelihara dalam landasan yang benar sahaja. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan