Rabu, 15 Mei 2013

MANA LEBIH UNTUNG???

Aku selalu mendengar keluhan kawan2 yang terdiri daripada Nelayan terutama di area Selangor dan negeri 9. Ada sesetengahnya juga bot dan jaring lalu pergi cari kerja lain kerana hasi tangkapan sangat berkurangan walaupun harga ikan mahal.
Bukan aku nak salahkan nelayan yang mengeluh tetapi aku turut rasa simpati memandangkan perairan negara kita yang kaya dengan hasil laut suatu masa dulu ah jadi sepeti gurun tanpa hidupan. Kita harus ingat, laut bukan sahaja tempat ikan sahaja malah ada hidupan lain yang semakin hari semakin pupus. Mungkin ada beberapa faktor yng menyebabkan keadaan ini berlaku.
Walaupun hasil nelayan telah berkurang tapi kita tak boleh nafikan bahawa industri memancing telah berkembang di negara ini menjadi industri yang menjana pendapatan jutaan ringgit. Bagi sesetengah nelayan yang agak celik pemikiran telah mengambil kesempatan ini mengaut keuntungan tetapi masih juga ada nelayan yang tidak memahami bagaimana hendak menjana pendapatan daripada industri memancing.
Aku bagi contoh yang senang untuk difahami oleh semua pembaca. Cuba kita buat perbandingan harga ikan dan harga memancing. Kalau kita dapat memancing seekor ikan kerapu yang seberat 1 kg mungkin harga pasaran ialah rm 30 sahaja. Tetapi kita kita membawa pakej memancing, harga eekor kerapu itu mungkin boleh mencecah harga rm 300. Sudah tentu industri memancing lebih menguntungkan berbanding menangkap ikan untuk dimakan atau dijual.
Apa2 pun sepatutnya pihak kerajaan perlu memandang serius masalah kekurangan ikan dalam perairan negara kita. Jangan sampai dah terantuk baru nak terngadah. aku sekadar mengingatkan balik amaran yang pernah  dikeluarkan oleh pakar2 tentang industri perikanan bahawa ikan diperairan di negara kita mungkin akan pupus sepuluh tahun lagi dari sekarang semasa blog ini ditulis. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan