Khamis, 15 November 2012

GATE HARGA RIBU-RIBU TAPI...

sekadar iklan untuk renungan sahaja
selama aku duk kat Sepang, macam2 perkara yang aku dah lalui dan dengar. Salah satu cerita yang menakutkan selalu terjadi di area Sepang dan juga di tempat2 lain ialah pecah rumah, rompak dan ugut.
Aku memang simpati sangat dengan mangsa2 kejadian. Mahu tak simpati, habis harta benda dan wang ringgit kena rompak, malah ada yang cedera kena belasah.
Apa2 pun sebelum jari-jemari aku meneruskan misi hook up ini, aku mohon maaf sekiranya kata2 aku ini mungkin mengguris perasaan sesiapa yang terasa atau pun mangsa kejadian. Apa yang aku nak katakan ini sekadar sebagai panduan atau berkongsi cerita.
Kalau kita tengok harga2 rumah sekarang dah mahal. bayangkan harga rumah teres area Sepang boleh mencecah ratusan ribu dan sentiasa naik sahaja tak turun2. Itu belum lagi rumah semi D dan banglo. Berdasarkan harga rumah sahaja semua orang boleh mengagak berapa pendapatan kita dan berapa banyak harta kita. Itu belum masuk kereta yang duk parking depan rumah. Semua tu pembayang2 kepada berapa banyak harta kita. bagi cam aku ni tak la sangat ambil tahu pasal harta orang, bukannya aku boleh guna harta orang. tapi, bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang samun menyamun dan pecah rumah, pem
bayang2 itu merupakan satu peluang bisnes bagi mereka.
Ini satu trend bagi kebanyakan penghuni rumah teres atau semi D iaitu gate rumah yang cantik. Kekadang harga membina gate yang cantik tu boleh mencecah harga berpuluh ribu ringgit. Bukan aku nak marah orang pasang gate tetapi kalau kita boleh membina gate berharga ribuan ringgit tetapi kenapa kita tak boleh pasang alarm keselamatan . lepas tu, apabila persatuan penduduk mengutip turan bulanan untuk kawalan keselamatan masing2 liat nak membayar. kalau bayar pun merungut mahal la, cekik darah la dan macam2 lagi. Di sinilah timbul hairannya, kenapa kita boleh belanja ribuan ringgit untuk gate yang cantik tetapi kedekut untuk tujuan Sedangka gate juga untuk tujuan keselamatan yang sedikit berbanding dengan cara yang lain.
Kesimpulannya di sini kebanyakan kita memasang gate bukan untuk tujuan keselamatan tetapi lebih kepada sifat menunjuk2 bahawa kita banyak duit. Apabila dah ada sifat menunjuk2, maka penyamunlah yang mula2 nak datang tengok. Kita sendiri memberi klu atau pembayang kepada penyamun supaya datang ke rumah. Aku minta maaf sekali lagi sekiranya coretan aku menyinggung perasaan anda. Seperti pepatah Melayu yang berbunyi ' HARAPKAN PAGAR PAGAR MAKAN PADI'

lagi sekadar iklan untuk renungan sahaja

Tiada ulasan:

Catat Komen