Isnin, 20 Mei 2013

MENIPU DIRI SENDIRI MAKAN DIRI SENDIRI


pic yang kelakar tu aku la
Ni aku nak cerita pasal aku mula2 kerja. Semasa aku di Institut Perguruan Sultan Idris sesi 94/96, aku telah di offer oleh pensyarah En Shahrm aka Ito menjadi editor bagi majalah IPSI iaitu kalau tak silap Suluh Budiman. Oleh kerana ramai pelajar pada masa tu tak pandai sangat dunia komputer apatah lagi aku budak kampung. En Shahrom yang bertanggungjawab mendidik aku menggunakan komputer kalau tak silap aku masa tu pakai program Pagemake 5. Kira canggih dah la pada masa tu, ramai pensyarah maktab pun tak pandai guna kecuali mereka yang terlibat dengan penerbitan. 
Aku mula ditugaskan di Sekolah kebangsaan Sri petaling seksyen 12 Petaling Jaya. Masa aku mula daftar diri kat sekolah tu, komputer baru sampai di mana kerani2 dan guru besar pun tak pandai guna komputer. Jadi ada banyak tugas yang perlu dilakukan kepada sesiapa yang pandai komputer. Aku yang lebih memikirkan cari duit tambahan telah berbohong mengatakan aku ni memang buta komputer. Guru besar pada masa tu En Ismail pula percaya habis. Bukan setakat tu saja, aku juga tipu guru2 lain mengatakan aku ni memang tak pandai komputer. Siap aku upah kerani buat soalan peperiksaan kerana aku tak pandai komputer. Lama juga aku duk mohong kat sekolah tu mengatakan aku tak pandai komputer, malah tak pernah menggunakan komputer yang ada di sekolah tu. 
Nak jadi cerita, selama 7 tahun aku di sekolah tu aku tak pernah menggunakan komputer langsung menyebabkan aku ketinggalan langsung dalam bidang komputer. Setelah aku berpindah ke Sepang, timbul semula minat menggunakan komputer menyebabkan aku merangkak semula belajar menggunakan komputer. Apa lagi, kena gelak ngan kawan2 la.. nak buat camna, Ini yang dikatakan menipu diri sendiri makan diri sendiri. Jangan duk buat la perangai cam aku ni kerana akan merugikan diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Komen