Isnin, 17 Julai 2017

KALAULAH RAKYAT SELANGOR TAHU???

Ni cerita betul. mungkin rakyat Selangor pun dah tahu? Cerita pasal sungai langat dan juga mungkin sungai-sungai lain dalam negeri Selangor. Aku pun tak berapa pasti ada berapa loji air yang ada sepanjang sungai langat. aku berharap mungkin tiada lagi bagus.
Walaupun cerita lagenda sungai langat ni aku dah tahu tapi sekadar cerita dari mulut ke mulut sahaja. Jadi aku tak berapa ambil kisah. dalam erti kata tak berapa ambil cakna.
Baru-baru ni aku cuba hobi baru iaitu memancing ikan patin sungai Langat. Pada mulanya aku tak berapa berminat mancing dalam sungai ni tetapi dek selalu dibakar oleh kekawan, jadi aku pun pergilah mencuba.Port pertama aku test di Sungai Langat bersebelahan Labohan Dagang belakang kilang Mega Steel.  Nak jadi cerita, pembuka tirai aku dah berjaya menaikan 4 ekor ikan patin saiz junior. 
Syok juga layan patin sungai ni selain jimat kos dan dekat sahaja. Keesokan aku pergi lagi dan pergi lagi. Nak jadi cerita oleh kerana aras sungai ni berubah mengikut pasang surut, maka banyaklah benda hanyut yang sentiasa bergerak ke hulu dan hilir mengikut arus.  Makin besar arus makin banyak benda hanyut yang dapat dilihat. Kalau sampah yang hanyut di sungai Langat ni aku tak berapa kisah la sangat tetapi selain sampah yang hanyut tu yang aku ambil kisah.
Apa yang aku maksudkan benda hanyut ni ialah bangkai. Segala bangkai jenis binatang yang hanyut dapat aku lihat. Eh, bukan satu dua bangkai tetapi puluhan bangkai yang hanyut. Yang aku pelik pelbagai jenis bangkai pula tu. Dari bangkai lembu, kerbau dan kambing tu memnag dah biasa aku lihatsebab memang ada banyak binatang tu dipelihara sepanjang sungai. Apa yang aku nak bagitau di sini aku juga lihat bangkai burung unta, bangkai rusa, bangkai babi, bangkai anjing dan segala jenis bangkai lain lagi. Terpikir juga, dari mana binatang ni. Susah juga nak tengok binatang ni hidup tetapi senang pula dilihat kalau dah jadi bangkai. 
Kalau macam ni lah caranya rakyat Selangor menguruskan bangkai dengan cara yang senang, percayalah mungkin suatu hari nanti sungai langat akan menjadi lagenda sungai terkotor dalam Malaysia. Mau pula sumber air Selangor ambil dari sungai langat. Aduuuii tak tau aku nak cakap apa lagi. Aku malas nak berbicara panjang hal ni mungkin nanti ada yang terkecil hati ataupun ada yang loya nak mandi kat rumah.
kalau nak pasti.. pi la melawat tempat tapisan sampah sendiri.. jangan duk melawat tempat yang indah sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan