kereta idaman dalam mimpiku |
Sebelum bicara mencicit laju, aku mohon maaf kalau topik yang aku nak coretkan ni memang ada yang buat pembaca terasa mual atau nak tercirit sebab marahkan aku. Ni cerita pasal kenderaan atau senang cerita kita sebut kereta.
Aku tak nafi kat negara kita ni memang ramai kereta selepas minat kepada sukan bola sepak. Aku bukan nak berkongsi kegemaran tentang kereta tetapi aku nak berkongsi pasal kegunaan kereta. Bagi aku kereta ialah kenderaan yang boleh membawa aku ke mana aku nak tuju. Selain membawa aku, kereta juga boleh membawa alatan pancing aku. kekadang tu kereta boleh membawa aku dan family pergi bersiar atau balik kampung. Memang tak duduk diam kereta aku kena lanyak. Kekadang sampai berbulan tak terbasuh kereta tu sebab sentiasa sibuk bergerak.
Tapi tak seperti orang tertentu memang sangat sayangkan kereta. Kereta tu dibelai siang dan malam. digosok-gosok dan diusap berulang kali. Warna pula menyerlah dan bersinar-sinar. Tak cukup dibelai manja, kereta tu pula diberi lagi 'make up' dengan solekan yang mahal-mahal. Malah ada yang berhabis ribuan ringgit pasal nak dengar ekzos kereta tu mengaum macam singa. Sesekali kereta tu lalu depan pasar semua mata tertumpu seperti melihat seorang model berpakaian seksi berjalan terlenggok-lenggok menghayun punggung montoknya. Tak cukup dengan kecantikan, kereta tu dijaja dalam setiap perbualan seperti saleman nak jual barang.
kereta ni juga yang banyak jasa kepada aku |
Bukan setakat itu sahaja. Ada yang memasukan unsur tahyul lagi tentang kereta seperti kereta tu juga makhluk yang bernyawa seperti manusia dan juga haiwan. Ada yang sanggup menganggap kereta juga ada perasaan seperti gembira, sedih dan marah. Eh, ada juga yang memasukan unsur pancaindera seperti kereta nampak nampak dan mendengar apa yang tuannya kata.
Sebenarnya aku juga mengimpikan kereta yang besar dan cantik. Bukan itu saja, kalau boleh nak juga merasa bawa kereta seksi dan laju lagi. Walaubagaimanapun, bagi aku kereta tetap kereta iaitu sebuah mesin ciptaan manuasia yang boleh membawa aku ke mana sahaja. Kereta tak lebih sebuah kenderaan yang berguna kepada aku untuk memudahkan urusan aku. Kereta tak lebih seketul logam yang diubah suai menjadi kenderaan oleh sibijak pandai. Kereta tak lebih sebuah objek keras yang tak berfikiran dan tak punya perasaan. Kereta tak lebih hanya sebuah kenderaan yang berguna kepada manusia. Kalau ada yang tak kena tentang kereta disebabkan oleh sesuatu dan tak ada kaitan dengan ketahyulan.
Tu semua pendapat aku sahaja. Kalau anda peminat kereta , apa yang aku seretkan dalam bicara ni tak perlulah dibawa dalam bicara kedai kopi mahupun dalam majlis ilmu. Sekadar kita berkongsi dalam dunia maya ni saja. Okey terima kasih sudi membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan