Isnin, 11 Januari 2016

SELAMATKAH KITA?

Aku terpanggil nak coretkan sedikit peringatan untuk diri sendiri dan juga pembaca semua. Sejak kebelakangan ini pelbagai berita dan peristiwa yang menakutkan dan menyayat hati terpampang dalam skrin TV dan juga dada akhbar. kejadian rompak, bunuh, dera, buli, samun, curi,culik,penipuan dan pelbagai lagi perkara maksiat sudah seperti sebati dengan bahan tajuk berita.
Apa yang saya nak bangkitkan di sini ialah selamatkah kita? Selamatklah kita semasa memandu di jalanraya? Selamatkah kita ketika sandar pada kerusi sambil menaip laporan kerja?Selamatkah kita duduk lepak depan televisyen sambil melayan drama Korea? Selamatkah kita sedang asyik menjamah hidangan di atas meja makan?Selamatkah kita menghantar anak ke sekolah?  Selamatkah kita bersiar-siar di taman permainan bersama anak?
Kalau merujuk kepada laporan berita dalam surat khabar dan juga televisyen sudah pasti kita takut semasa berada di luar taupun di luar rumah. Mengapakah ini terjadi? Salah siapakah sehingga kita hidup dalam bayang ketakutan? Bagaimanakah kita nak menghadapi jika perkara buruk berlaku ke atas kita? Pelbagai persoalan ini akan berlegar dalam kepala sehingga kita menjadi rasa curiga yang melampau maupun pada saudara kandung sendiri.
Apabila perkara buruk berlaku pada diri sendiri, adakah kita akan menuding jari pada orang lain? Kalau kita mendapat susah adakah kita akan menyalahkan orang lain? Jika anak kita mendapat kecelakaan, adakah kita akan menyaman orang itu atau orang ini?
Sesungguhnya segala persoalan mengenai keselamatan diri terlalu umum untuk kita persoalkan. Selagi kita tak menjaga keselamatan orang lain maka selagi itu kita akan dibayangi rasa ketakutan. Selagi kita tak merasai cubit peha kanan terasa sakit peha kiri selagi itulah kita akan sentiasa dalam kerisauan. Sesungguhnya keselamatan diri kita juga terletak pada orang lain dan bukan terletak pada pihak berkuasa sahaja. Sikap mementingkan diri dalam masyarakat kita sekarang menambah lagi masalah yang sudah bertambah. 
Aku sendiri pun dalam kerisauan seperti takut pada bayang sendiri. Masyarakat sendiri yang patut menentukan tahap keselamatan diri dan orang lain. Tepuk dada tanya iman masing-masing. Aku berharap Malaysia aman dan sentosa seperti yang dicanang dalam televisyen dan juga akhbar.

selamatkah generasi anak-anak sekarang???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan