Rabu, 4 November 2015

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

selamatkan diri dulu pedulikan harta benda
Pepatah 'sediakan payung sebelum hujan' ni bukan pepatah yang baru tapi dah lama dituturkan oleh datuk nenek moyang kita sebagai satu peringatan atau nasihat yang berkesan dari dahulu hingga sekarang. Cuma akhir-akhir ini kita seperti sudah endah tak endah dengan peringatan bijak pandai dahulu kala. 
Apa yang aku nak merapu meraban ni mungkin penulisan tahap darhaj 6 saja tapi tak salah kalau aku nak mengingatkan diri sendiri dan orang lain. 
Mutakhir ini kita semua maklum bahawa pemanasan global dunia telah menyebabkan ketentuan cuaca tak tak boleh diramal oleh ramalan kaji cuaca lagi. Ramalan kaji cuaca sendiri pun banyak bagi peringatan berbanding ramalan. 
Kita maklum apabila berlaku pemanasan global menyebabkan pergerakan arus angin dan cuaca turut berubah kerana memang sifat agin bergerak dari sejuk menuju ketempat yang panas. Pada tahun lepas 2014 negara kita telah digegarkan dengan bencana banjir yang luar biasa dan seperti biasa kita saling tuduh menuduh dan salah menyalah orang lain. Nak buat camna dah memang sifat orang kita yang tak suka mengaku kelemahan diri masing-masing. Kita biarkan saja tuduh menuduh dan salah menyalah ini. Apa yang penting kita perlu sedar dan lebih prihatin dengan keadaan cuaca sekarang.
ikan pun boleh hanyut dan lemas kalau arus laju
Selepas habis cerita banjir kita diseliputi pula jerebu yang berpanjangan yang disebabkan pembakaran hutan di Indonesia dan seperti biasa kita buka cerita bab saling salah menyalah antara negara jiran. Apa yang berlaku memang dah berlaku dan perkara yang belum berlaku juga besar kemungkinan akan berlaku. kenapa ini terjadi sememang disebabkan ketamakan dan kebodohan manusia sendiri yang bersifat menjahanamkan. 
kejadian bencana yang luar biasa ini bukan sahaja berlaku kat negara kita tetapi juga berlaku diserata dunia sehingga menyebabkan rautsan ribu manuasia terkorban dan bilion ringgit kerugian harta benda. Kita memang maklum dengan bencana tsunami, ribut taufan, puting beliung, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Dalam kitab Al Quran juga telah memberi peringatan tentang cuaca dunia diakhir zaman.
bagaimana bantuan nak sampai kalau semua dah putus hubungan
Kita tahu kemungkinan bencana yang lebih besar akan berlaku tetapi pakah persediaan kita untuk menghadapi kemungkinan bencana ini. Kita maklum, selepas bencana banjir besar berlaku pada tahun lepas pelbagai masalah yang timbul selepas banjir. Makanan tidak mencukupi, perhubungan jalanraya dan keretapi terputus, ubatan tak mencukupi, lampin bayi kehabisan dan pelbagai lagi rungutan dan keluhan mangsa banjir.
Sekarang ni musim hujan tiba lagi dan kemungkinan banjair akan berlaku lagi. Rumah yang runtuh dan hanyut tahun lepas pun belum terbina lagi tapi bencana mungkin akan datang lagi. Memang kita semua tak mahu menerima bencana tetapi suratan takdir tu memang kita tak boleh elak. Apa yang mampu kita buat ialah 'sediakan payung sebelum hujan'. 
ada kereta tak ada petrol pun tak guna
Apa yang kita nak sediakan jika berlaku bencana banjir lagi? Apa yang kita nak sediakan bukanlah memakan ribuan ringgit atau terbazir jika tidak berlaku banjir. mungkin apa yang aku nak senaraikan ini boleh membantu mengingatkan sahaja supaya kita tak kelam kabut apabila berlaku bencana sebegini lagi.
Antara keutamaan yang kita perlukan sebagai persediaan banjir seperti ;
1. beras yang mencukupi dan budget untuk masa selepas banjir sekali
2. gas memasak kerana kayu api mungkin basah atau hanyut semasa banjir
3. ubat-ubatan terutama kepada yang sakit kerana semasa banjir mungkin jalan kehospital tidak boleh dilalui.
4. lampin bayi kerana kedai ditutup semasa banjir
5. minyak memasak kerana stok di kedai kemungkinan tidak mencukupi
6. Lilin atau minyak tanah kerana semua bekalan elektrik dikawasan banjir akan ditutup
7. bekalan minuman kerana bekalan air juga akan dihentikan semasa banjir dan air sungai tidak selamat diminum semasa banjir
Mungkin apa yang aku senaraikan ni tak menepati pihak yang terlibat tetapi sekurang-kurangnya memberi sedikit panduan.
kalau hospital pun dah tenggelam, nak berubat kat mana?
 Bagi mereka yang tinggal ditempat tinggi dan jauh dari kawsan banjir juga tidak terkecuali perlu bersedia menghadapi bencana kerana walaupun kawasan kita tidak banjir tetapi harus ingat bahawa jalan perhubungan akan terputus akibat banjir. Selain itu, kita yang tidak terlibat dengan banjir mungkin boleh menghulurkan bantuan kepada saudara yang terlibat. Seperti pepatah mengatakan 'cubit peha kanan terasa sakit peha kiri'.  

mana nak lari kalau kereta pun dah tenggelam

bencana susulan banjir

gembira juga boleh membawa padah

hati-hati dik yer.. air masa kecik memang best tapi masa besar memang takut


Tiada ulasan:

Catat Ulasan