Ahad, 25 Oktober 2015

APA NAK JADI BEBUDAK SEKARANG?

foto pinjam


luka yang normal semasa jatuh
Saja aku nak buka cerita sikit pasal bebudak sekarang. Cerita ni pun berdasarkan pengalaman dan sedikit pengamatan aku sebagai seorang pendidik. Kita biasa la tengok bebudak berlari dan berkejaran. Hanya orang dewasa saja yang tak lari berkejaran lagi walaupun kekadang terasa juga nak jadi bebudak balik. 
Sebenarnya aku bukan nak buka cerita pasal bebudak berlari berkejaran tetapi nak buka cerita pasal budak yang jatuh semasa berlari dan berkejaran. Masa aku kecik-kecik dulu pun selalu juga jatuh semasa berlari berkejaran. Koyak kepala lutut dan tercalar siku dah biasa dan masih lagi ada parut lagi pun sampai sekarang hasil hasil kegigihan berlari berkejaran. Luka kepala lutut dan siku tu memanglah normal bebudak jatuh tetapi luka hidung dan muka tu agak janggal bagi aku. Mari kita perhatikan bebudak sekarang kalau bebudak jatuh semasa berlari berkejaran. Cuba check tengok 'tang' mana luka budak tu? Luka di lutut dan siku atau luka di hidung atau pipi?
kalau siku tak tahan nanti pipi yang tahan semasa jatuh
Mengapa perkara ini terjadi? Bebudak sekarang jatuh selalu luka hidung dan pipi kerana tindak balas semasa jatuh sudah tidak normal. Kalau bebudak dulu jatuh terus keluar tang dan lutut nak tahan diri semasa jatuh. Tetapi bebudak sekarang dah tak pandai nak tahan siku dan lutut lagi kerana tindak balas spontan dah kurang maka secara automatik hidung dan muka yang jadi penahan.
Persoalannya disini bukan pasal bebudak luka hidung dan pipi semasa jatuh berlari berkejaran? Persoalannya kita perlu tanya diri kenapa keadaan bebudak jatuh sudah tidak normal atau sudah tidak ada pergerakan spontan yang sepatutnya semasa jatuh?
Memang perkara ni wujud dengan adanya peredaran zaman kerana bebudak sekarang dibesarkan dibandar dan kurang terdedah dengan aktiviti kegiatan luar. Itu jawapan yang aku selalu dengar tetapi tak ada pula yang jawab anak aku jadi macam tu kerana aku sendiri kurang bagi pendedahan kepada anak-anak. Sebenarnya zaman tetap berubah tetapi sepatutnya kita tak patut salahkan zaman tetapi patut salahkan diri kita yang dah tak ambil peduli tentang keperluan seorang kanak-kanak. Wasssalam, jangan ada yang kecik hati. Aku hanya sekadar buka cerita dan kalau ada yang tak kena tu minta maaf la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan