Isnin, 14 Ogos 2017

MEMBACA NAK AMBIL IJAZAH




Antara sedar  atau tidak sedar, masyarakat kita iaitu Melayu amnya memang rajin membaca. Itu memang tak boleh dinafikan. Orang kita ni membaca tak kira tempat, Ada saja masa untuk membaca. Celik saja mata selepas bangun tidur terus capai dan baca. Masa sarapan terus lagi aktiviti membaca. Sambil tunggu enjin kereta panas pun sempat lagi membaca. Sampai tahap berbahaya, semasa memandu pun tetap membaca. Itu belum kira masa makan tengahari, masa kerja, masa tunggu azan dan setiap masa orang kita memang rajin membaca. Membaca yang aku maksud ni membaca wasap dalam phone atau membaca rangkaian sosial yang lain termasuk 'facebook',instagram, telegram dan banyak lagi benda rangkaian sosial ni. 
Aku percaya, kalaulah kita rajin membaca bahan ilmiah seperti kita membaca wasap dan bagai lagi tu, kita memang layak dapat PhD atau sekurangnya segulung ijazah yang lulus dengan cemerlang. 
Aku teringat balik masa sekolah dulu. Kalau cikgu suruh baca buku, ada saja lasan yang diberi seperti tak cukup masa, cikgu nak menderalah. Tapi sekarang ni, tak ada siapa yang suruh kita membaca, rajin pulak kita membaca. 
Terkadang rasa menyesal pun ada sebab semasa dulu tak mahu dengar nasihat guru supaya rajin membaca.  Kalau lah aku rajin membaca seperti aku rajin membaca bahan sosial pada hari  ni pasti paling tak kurang aku ni kalau tak jadi doktor ataupun jadi lawyer?
Aku pun tak tahu apa nak jadi pada kita sekarang ni. Ada saja sesuatu yang tak berfaedah sangat yang kita pilih. Aku nak marah bini, aku sendiri juga membaca benda alah ni. Nak marah kat anak, aku juga yang beli benda alah tu dan bagi kat dia. Nak ditelan pahit, nak diluah rasa sayang.
Jadi hidup kita ni dalam serba salah. Nak diluah mati emak nak diltelan mati bapak. Jawabnya redha sajalah. Kalau tak diguna nanti orang kata batak pula. kalau dah mula guna memang tak ingat dunia membaca benda alah tu. 
Apapun yang nyesal dulu berpendapatan yang nyesal kemudian nasi dah jadi bubur. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan