Pengalaman jadi cikgu ni memang macam-macam. Ada yang menarik dan ada yang terlebih menarik. Selain pengalaman menarik ada juga pengalaman perit dan memeritkan. Cerita lucu memang bersepah la dalam kehidupan sebagai seorang guru.
Apa yang aku nak habaq mai kat hampa semua pasai lagaknya sikap mak bapak budak. Mak bapak muda yang baru belajaq jaga anak. Mak bapak budak yang lulusan ijazah lulus cukup makan. Mak bapak muda melayu yang sibuk cari bekalan duit sampai mengabaikan kasih sayang kepada anak. Mak bapak budak yang pandai berkata-kata tak lebih seperti burung kakak tua. mak bapak budak yang papa kedana tapi lagaknya macam orang kaya.
Aku ni pun bukan jenis cikgu yang baguih pun. Nama saja Sabaq, tapi perangai tak berapa sabaq pun. jadi kekadang terlepas angin tu terlepas juga la penampaq. Walau macammana pun tak la aku buh penampaq sesuka hati melainkan hal yang agak melampau.
Nak jadi cerita satu budak yang memang terkenal pun dengan perangai mengelat ni. Satu hari budak ni buat-buat sakit dan datang la mak bapak dia jemput balik awai. Seronok la budak ni sebab tak belajaq. Petang tu juga budak ni merayau pada hal awai tadi kata sakit.
Keesokan hari, budak ni buat akai lagi cari helah nak balik awai. Tapi kali ni, akai dia lain sikit. Kali ni dia berlakon kena rasuk sampai kecoh satu sekolah ada budak kena rasuk. Nak jadi cerita, ada hamba Allah ni suruh budak pi cari aku yang duk sibuk mengemas stor. Aku yang tak tau punca cerita, terus saj pi tengok pabila budak kata ada budak kena rasuk. Sesampai kat sana ada sorang saja hamba Allah yang suruh panggil aku tadi.
Nak jadi cerita aku pun memulakan siasatan cam dalam filem drama. Tanya punya tanya, budak ni asyik duk mengomel marahkan hamba Allah sorang ni. Aku pun tak berapa pasti pasai pa? Dalam duk bersoal jawab tu, tetiba budak tu terus menengking hamba Allah sebelah aku ni. Apa lagi, automatik la tangan aku ni kat muka budak tu..
Esoknya awal pagi terus dapat cerita mak bapak budak nak jumpa. Aku pun nak buat camna, mengaku slah dan mohon maap dengan sebaik yang mungkin. Dah memang salah aku yang ponguih pun. Rupanya permohonan aku telah ditolak mentah dan dihambuq lagi dengan kata yang menyakitkan hati. Mak oiii, patut la anak kurang ajaq sebab mak budak pun kurang ajaq. Nak pendek cerita, esoknya dengaq kata mak budak dah isi borang pindah sekolah sebab tak pueh hati.
Seeloknya kita sebagai mak bapak murid elok menyoal siasat terlebih dahulu kebenaran cerita yang dibagitau oleh cikgu. Kekadang memang anak kita bersopan seperti 'pijak semut tak mati depan kita' tetapi sebaliknya 'gajah pun bertempiaran ' tengok perangai anak kita semasa membelakangi dari mak bapak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan