Khamis, 25 Oktober 2012

MEMANCING ADA FAEDAH KE?

tak hebatkah kalau dapat bertarung dengaqn ikan sebegini
Mengisi masa lapang dengan sesuatu hobi adalah satu perkara yang baik. Tanyalah pakar2 mana sekali pun akan mengatakan kita perlu mengisi masa free dengan satu aktiviti yang berfaedah. Macam2 hobi yang boleh dilakukan semasa masa lapang seperti bermain segala jenis permainan, bersenam, menonton telivisyen atau pun memancing. Tapi sayang sekali kerana ramai orang berpandangan negative mengenai hobi memancing.
memancing juga merupakan satu sukan
Saya yang mewakili kaum pemancing terasa terpanggil untuk menulis dan menceritakan keadaan yang sebenar supaya golongan yang berpandangan negative terhadap hobi memancing turut serta memeriahkan industri hobi memancing.
Mengapa ada golongan yang tidak suka aktiviti memancing? Mereka yang bersifat anti ini kebanyakan ialah golongan perempuan. Tak dapat dinafikan bahawa peratusan golongan yang tidak suka memancing sememangnya perempuan kerana mereka juga mempunyai alasan yang tersendiri memilih tidak suka aktiviti memancing. Bukan orang lain pun, isteri aku juga tidak suka memancing. Tak salah kalau aku gunakan point-point dari isteri aku untuk menentang golongan anti memancing ini. Malah ada orang yang bukan sahaja anti aktiviti memancing sahaja tetapi bersikap anti pemancing. Golongan ni lagi teruk kerana sanggup mejuihkan muncung dan menutup hidung apabila berselisih dengan pemancing.
memancing juga menguji kepintaran
selain kaum hawa yang kebanyakan bersifat anti aktiviti memancing, ada juga golongan adam sendiri yang bersikap sedemikian. Mereka juga ada alasan2 tersendiri membenci aktiviti memancing. Kadang2 terasa gelihati mendengar alasan mereka tidak suka memancing.
saya bagi satu alasan kenapa kaum hawa kebanyakan tidak suka aktiviti memancing. Memancing merupakan satu aktiviti yang lasak atau pun separuh lasak. Buktinya kita terpaksa berjemur di tengah panas, meredah hutan, memanjat bukit, berperang dengan nyamuk dan pacat. mana mungkin perempuan yang terkenal dengan sifat lemah dan lembut menempuh segala rintangan itu. Hanya segelintir wanita besi sahaja yang sanggup meredah halangan di atas. Manakala kaum lelaki yang terkenal dengan kegagahan dan ketabahan pula memerlukan satu cabaran dalam mencari sesuatu yang hilang dalam dirinya. Sememangnya aktiviti memancing adalah sesuai untuk golongan lelaki. Tak salah juga kalau perempuan turut berminat kerana terdapat pelbagai aras dalam dunia sukan memancing. Sebenarnya tak salah kalau tidak suka memancing tetapi yang menjadi masalah apabila ada yang bersikap anti aktiviti memancing dan memandang serong kepada aktiviti yang berfaedah ini.

yang paling utama ialah kepuasan dalam hidup


Tiada ulasan:

Catat Ulasan